Wednesday 28 March 2012

Rahsia Tahi Lalat

Salam, semua.. Apa khabar hari ni?

Pagi ni bangun2 tido terus terfikir ape yang nak dicatat dalam my blog hari ni.. Hmm.. tiba2 dapat idea utk tulis mengenai rahsia tahi lalat bila terpandang buku "Rahsia Tahi Lalat" di rak buku.. ye la setiap orang mesti ada tahi lalat kan sama ada byk atau sedikit.. Mcm saya byk.. hehe.. Kat pipi ade, kat hidung ade, kat kaki ade..

Jom kite tgk ape maksud tahi lalat di tubuh kite yang saya ambil dari sumber buku "Rahsia Tahi Lalat" susunan Pak Nujum terbitan Usnie Publisher.

Kening Kanan
  • Kecil         : Sedia melakukan apa sahaja dan sedia menghadapi risiko, keras hati, berani dalam       semua hal
  • Sederhana : Kata dikota tidak banyak bercakap, tabah di dalam segala hal dan mempunyai keberanian luar biasa
  • Besar       : Tangkas, berani dan luar biasa di dalam segala hal

Kening Kiri
  • Kecil        : Bersifat berani, bersopan santun dan tidak takut bahaya.
  • Sederhana: Sifatnya sukar diketahui kerana tabiat yang pendiam dan berani.
  • Besar       : Jangan disangka air tenang tiada buaya, pijak semua tidak mati. Orang ini tangkas di dalam ilmu membela diri
Kening Tengah Kanan dan Kiri
  • Kecil          : Keras hati, berani di dalam segala hal dan pandai menyembunyikan rahsia.
  • Sederhana : Tegas, berani, suka menolong, pantang dicabar dan sedia menghadapi cabaran.
  • Besar        : Keberaniaanya tersembunyi, tidak makan nasihat dan baginya dia sahaja yang betul
Dahi Kanan

  • Kecil          : Suka mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah berumahtangga.
  • Sederhana : Selalu kesepian ditinggalkan suami berminggu-minggu lamanya.
  • Besar        : Di awal perkahwinan keluarga ini selalu sahaja bertegang urat dan bahagia selepas mendapat cahaya mata.
Dahi Kiri

  • Kecil          : Sikapnya yang selalu berhati-hati menjadikan dirinya pendiam.
  • Sederhana : Lebih suka mendengar dari bercerita dan cakapnya suka menyindir.
  • Besar        : Lelaki / wanita dari tanda-tanda ini menunjukkan bahawa sikap orang tersebut kuat merajuk dan sukar dipujuk.


Alis Kanan (di antara hidung pipi)

  • Kecil         : Jujur, baik hati, suka memberi pertolongan
  • Sederhana : Tidak gemar ditipu, ikhlas di dalam segala hal
  • Besar        : Baik hati, ikhlas dan tidak gemar berhutang


Alis Kiri (di antara hidung dan pipi)

  • Kecil          : Mudah diajak berunding, susah mengidap sakit demam.
  • Sederhana  : Gemar sesuatu yang mudah, tidak banyak coleteh dan berhati lurus.
  • Besar         : Sikap sederhana, mudah diajak berunding dan tidak berdendam.
Pipi Kanan

  • Kecil           : Suka menolong, lembut hati dan mulia tingkah laku.
  • Sederhana  : Suka membalas busi, berpekerti mulia, jujur dan mudah mesra.

Pipi Kiri

  • Kecil          : Bersifat pendendam, cemburu dan sentiasa was-was dengan kawan-kawan.
  • Sederhana  : Baik terlalu baik dan sebaliknya.
  • Besar         :  Suka buat kecoh dengan keluarga, sahabat dan di tempat kerja.
Batang Hidung

  • Kecil          : Berjaya di dalam hidupnya.
  • Sederhana : Tidak suka meminta pertolongan.
  • Besar        : Tidak sesiapa yang tahu pekong di dadanya.

Hidung

  • Kecil          : Kuat berusaha dan disukai oleh kawan-kawannya.
  • Sederhana  : Pemurah, rajin dan pintar mencari rezeki.
  • Besar         : Kejayaannya menakjubkan sesiapa sahaja.

Hidung Kanan

  • Kecil         : Pemalu dan tidak suka meminta pertolongan orang lain.
  • Sederhana : Pemalu, jujur dan suka bersendirian.
  • Besar        : Pintar dan pantas membuat kerja.

Hidung Kiri

  • Kecil         : Suka pada pertolongan orang lain.
  • Sederhana : Memperolehi pertolongan orang lain dengan cara menipu
  • Besar        : Memberi pertolongan dengan harapan mendapat balasan berlipat ganda.
Atas Bibir Kanan

  • Kecil         : Pandai mencari kenalan, murah rezeki, suka mengumpul harta dari keringat orang lain.
  • Sederhana : Mulut manis, kaki ampu dan suka bermuka-muka.
  • Besar        : Percakapannya lemah-lembut, bijak menggoda, tetapi semuanya dusta dan ada tujuan tertentu.
Atas Bibir Kiri

  • Kecil          : Mulut manis mencari kepentingan diri sendiri.
  • Sederhana : Pandai mengampu majikan, mudah naik pangkat dan cepat pula tersungkur.
  • Besar        : Lain di mulut, lain di hati ada udang disebalik batu.
Bawah Bibir Kanan

  • Kecil         : Dihormati orang, gemar bercinta dan dicurigai isteri.
  • Sederhana: Kuat menggoda, menepati janji dan periang.
  • Besar        : Pandai membawa diri, murah rezeki, penyayang dan selalu digoda.
Bawah Bibir Kiri

  • Kecil         : Suka membuat janji palsu.
  • Sederhana : Mulut manis, pendendam dan pintar putar belit.
  • Besar        : Dendam selama-lamanya.
Hujung Bibir Kanan

  • Kecil         : Banyak cakap tidak mudah mengalah.
  • Sederhana : Kuat berleter, busuk hati dan suka mencari kesalahan orang lain.
  • Besar        : Banyak bercakap dan janji-janjinya tidak boleh dipercayai
Hujung Bibir Kiri

  • Kecil          : Gemar menyinggung perasaan orang lain.
  • Sederhana : Gemar memberi nasihat tetapi dirinya sendiri tidak jujur.
  • Besar        : Kuat menabur fitnah, bergurau dan akhirnya menjadi pertengkaran.
Bawah Bibir Tengah

  • Kecil           : Rezekinya sekadar cukup makan.
  • Sederhana  : Nada suaranya tinggi dan tidak suka mengalah.
  • Besar         : Kuat berceloteh dan gemar menjadi tepi kain orang lain, kain sendiri tidak bersih.
Dagu Bawah Kanan

  • Kecil           : Jujur, baik hati, tinggi budi bahasa dan kaki menggoda.
  • Sederhana   : Kelembutannya memikat sesiapa sahaja yang memandang, jujur, setia dan menepati janji.
  • Besar          : Jujur, pemalu dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.
Dagu Bawah Kiri

  • Kecil           : Bijaksana dan pandai berjimat cermat.
  • Sederhana  : Tangkas dan cemerlang di dalam kerjaya yang diceburinya.
  • Besar          : Berfikirn tajam, bersopan santun dan tidak pandai menyakitkan hati orang lain.

              Tahi Lalat di Batang Hidung: Berjaya di dalam hidup..
              Insya'Allah..

                       

No comments:

Post a Comment