Monday 16 April 2012

Bila gastrik melanda diriku..

Salam, sahabat2 blogger..

Dah lame saya x update blog ni kan.. Saya sebenarnya baru saja sihat sikit dari demam + gastrik.. ni pun sebenarnya masih ada rasa sakit lagi n makan x berapa nak lalu.. Saya start rasa sakit since hari jumaat tp masih boleh bertahan.. Hari sabtu dah mula rasa lain mcm tp masih gagahkan diri g tesco sorang2 sbb nak beli makanan kucing kesayangan yg dh kehabisan.. Masih gagahkan diri jugak utk drive dr cheras ke kebun di kg poum, kenaboi, jelebu, negeri sembilan sbb kesian kat abah penat sbb sebelum 2 dia pergi settle kereta adik saya yg masuk bengkel.. Tp bile sampai je kg, terus rs nk pitam n mual, muka pun dh pucat lesi.. Terus xdapat drive utk balik kl..

Mak suruh makan tp dh x blh.. Bila makan, muntah balik.. 1 mlm jugak la smpai dh xde ape nk dikeluarkan sbb dh xmkn ape2.. Pagi ahad cuba utk makan tp perut tetap masih x blh terima.. Bila dh x thn, mlm smlm br saya g klinik.. Dr bg ubat angin n demam so skrg dh blh mkn ckit n x muntah lg.. And Dr bgtau badan saya kurang air.. hmm.. kalo g hospital, mesti dh kena masuk air saya ni.. So mlm ni saya google la kejap utk cr punca-punca gastrik utk perkongsian bersama-sama agar x kena gastrik mcm saya..huhu.. :(

GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Gastrik Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen / hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


gastritis


LANGKAH MELEGAKAN GASTRIK

  • Makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong. 
  • Minum susu. 
  • Rehat yang lebih. 
  • Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser . 
  • Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut. 
  • Ambil vitamin C 100gm untuk nemgurangkan kandungan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser perut. 
  • Tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan. 
  • Pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.
Sumber: Laman web Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday 6 April 2012

What lies ahead for #Agent77? Change the plot of the stories & stand a chance to win a brand new Samsung GALAXY Tab 7.7.

What lies ahead for #Agent77? Change the plot of the stories & stand a chance to win a brand new Samsung GALAXY Tab 7.7.

Mutiara Doa

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Doa apabila melihat sesuatu yang menakutkan
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku."

Doa untuk mengelak daripada bahaya
"Apa yang dikehendaki Allah tetap berlaku, tiada daya upaya melainkan dengan kuasa Allah."

Doa apabila ditimpa kemalangan termasuk kematian
"Sesungguhnya kami adalah bagi Allah dan kami sekalian akan kembali kepada-Nya."

Doa untuk ibu bapa
"Tuhanku, rahmatilah akan ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya mendidik aku sewaktu kecil."

Doa memohon akhlak yang baik
"Ya Allah, seperti Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku."

Doa mohon ketetapan iman
"Wahai Tuhanku, berikanlah kepada iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dan kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat."

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Nya daripada belenggu hutang dan tekanan orang."

Doa memperoleh ilmu bermanfaat
"Ya Allah kayakanlah daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan budi pekerti, muliakan daku dengan ketakwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan."

Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga
"Dengan Nama Allah (dalam keadaan) aku menyerlah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua."


Doa mohon diberi ilham untuk mensyukuri nikmat dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh
"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh." (Surat an-Nami ayat 19)


Doa mohon keampunan dan rahmat Allah
"Ya Tuhan kami, kami sudah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang terbaik." (Surat al-Mukminun ayat 109)


Doa diselamatkan daripada perbuatan maksiat dan dosa
Luth berdoa: "Ya Tuhanku selamatkanlah aku berserta keluargaku dan akibat perbuatan yang mereka kerjakan." (Surah Asy-Syu'ara ayat 169)


Doa menghindari diri daripada perangai dan nafsu jahat
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk dan kerakusan hawa nafsu."


Doa mendapat hidayah berkekal daripada Allah
"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)." (Surah Ali Imran ayat 8)


Doa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
"Ya Allah, anugerahilah kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksaan api neraka." (Surah al-Baqarah)


Sumber: Harian Metro, 6 April 2012 (Halaman V14)


Sunday 1 April 2012

Online Travel Fair 2012

Online Travel Fair 2012: Hate the crows & queues at travel fairs? With 701Panduan Online travel Fair, all exciting promotions queue at your fingertips.

Saturday 31 March 2012

My home made..

Assalamualaikum n Selamat Pagi, semua..

Hari ni saya nak share hasil kerja saya semalam.. Mula2 semalam nak join kawan2 g Hari Keluarga di Taman Metropolitan, Kepong tp tiba2 kereta buat hal kena masuk bengkel.. So utk hilangkan rasa boring, saya pun memulakan projek buat cup cake.. 1st time hias kek tp hasilnya puas hati.. hehe.. Walaupun keknya sedikit hangus kat bawah sbb terlebih panas.. ;)

Hasil kerja ku & Angah.. Cantik x ;)

                                       


Penuh warna-warni.. 


USM.. rindunya..

Salam, semua..

Malam ni tiba2 saya teringat kenangan zaman belajar di USM dulu.. Kalo la saya ade poket doreamon, rasa nak pusing je waktu balik ke zaman study dulu.. Di USM, byk pengalaman yang saya alami.. Ye la, 4 tahun dok sana kan.. kenangan manis ade, pahit ade..mcm2 kenangan.. huhu.. rindunye..

Posing kat library.. Kuruskan saya..hehe

@ Pintu Masuk Sg. Dua

                    Time kursus di Cameron Highland
                                   
         With my bestfriend Ana & Adik n My roomate, kak Rina


My classmate.. Semua dh jd mak orang kot, den sorang je still single mingle lg..hehe


                       Ronda-ronda di bukit bendera..

                   Posing lps tgk show mak yong Kak Jue..


         First time berkayak dgn Adik.. Asyik ke tebing je..hehe..

                  Jd dayang untuk Desasiswa Harapan..


                Konvo Kak Wa, My Roomate time 1st year


First time masuk paper..



Konvo 2005.. x cukup korum sbb kak angah xde.. Mintak2 konvo master nnt cukup korum..hehe

                        Akhirnya.. 10.8.2005