Saturday 31 March 2012

My home made..

Assalamualaikum n Selamat Pagi, semua..

Hari ni saya nak share hasil kerja saya semalam.. Mula2 semalam nak join kawan2 g Hari Keluarga di Taman Metropolitan, Kepong tp tiba2 kereta buat hal kena masuk bengkel.. So utk hilangkan rasa boring, saya pun memulakan projek buat cup cake.. 1st time hias kek tp hasilnya puas hati.. hehe.. Walaupun keknya sedikit hangus kat bawah sbb terlebih panas.. ;)

Hasil kerja ku & Angah.. Cantik x ;)

                                       


Penuh warna-warni.. 


USM.. rindunya..

Salam, semua..

Malam ni tiba2 saya teringat kenangan zaman belajar di USM dulu.. Kalo la saya ade poket doreamon, rasa nak pusing je waktu balik ke zaman study dulu.. Di USM, byk pengalaman yang saya alami.. Ye la, 4 tahun dok sana kan.. kenangan manis ade, pahit ade..mcm2 kenangan.. huhu.. rindunye..

Posing kat library.. Kuruskan saya..hehe

@ Pintu Masuk Sg. Dua

                    Time kursus di Cameron Highland
                                   
         With my bestfriend Ana & Adik n My roomate, kak Rina


My classmate.. Semua dh jd mak orang kot, den sorang je still single mingle lg..hehe


                       Ronda-ronda di bukit bendera..

                   Posing lps tgk show mak yong Kak Jue..


         First time berkayak dgn Adik.. Asyik ke tebing je..hehe..

                  Jd dayang untuk Desasiswa Harapan..


                Konvo Kak Wa, My Roomate time 1st year


First time masuk paper..



Konvo 2005.. x cukup korum sbb kak angah xde.. Mintak2 konvo master nnt cukup korum..hehe

                        Akhirnya.. 10.8.2005







Thursday 29 March 2012

Untuk Renungan Bersama


Pagi ni bersemangat plak utk update my blog. Ok, catatan dibawah jugak from my note in facebook. Catatan ni saya ambil dari salah satu blog yang pernah saya baca. Jom kita hayati.. ;)

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Petikan : http://untukwanita.noorjannah.com/2008/09/renungan-himpunan-kata-kata-hikmah.htm

Terukir di Bintang - Yuna
                                         

Cinta.. Bawaku Pergi

Assalamualaikum & Salam Jumaat, semua.. 


Pagi ni saya nak berkongsi mengenai cinta. Sebenarnya catatan ni dh lame saya tulis di note facebook saya.. So just copy n paste..hehe.. but saya nak kaitan dgn lagu "Bawaku Pergi" nyanyi Zizan ft Kaka.


Emak pernah berpesan ; “Kalau bercinta, jangan cintakan pasangan kita 100% tetapi kita perlu letakkan perasaan benci terhadapnya sekurang-kurangnya 1% agar bila jodoh kita bukan dengannya kita tidak terlalu kecewa dan memendam rasa.” 

Seorang kekasih pula memberitahu pasangannya; “Sayanglah pada orang yang betul-betul sayang pada kita tetapi kalau boleh janganlah terlalu sayang pada orang yang kita sayang.” 

Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip serta nilai terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. 

Cinta yang hakiki hanyalah kepada Allah s.w.t. dan Rasul. Cinta kepada Allah ialah cinta hamba kepada Pencipta-Nya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.Cinta manusia kepada-Nya boleh membawa ke syurga. Cinta-Nya boleh membuat kita tenang, aman dan tenteram. Cinta-Nya terhadap makhluk-Nya selalu membawa kita ke jalan yang bahagia. Namun, hamba-Nya selalu lupa, selalu alpa. Alpa dengan cintanya terhadap sesama manusia di dunia sehingga lupa terhadap cintanya kepada Tuhannya yang Esa. 

Didalam Al-Quran dan Hadis juga sudah tertulis; “Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.” Namun, anak-anak selalu terlupa bila sudah taksub bercinta. Pantang diberi nasihat, semuanya salah belaka baginya. Malah ada yang sanggup lari dari rumah. Kerna baginya cintanya terhadap kekasih adalah segala-galanya. Sehingga lupa pengorbanan yang telah diberikan oleh kedua ibubapanya sejak dari bayi lagi. Pengorbanan serta kepayahan ibu semasa mengandungkannya selama 9 bulan dengan mudah dilupakan begitu sahaja. Bagaimana peritnya si bapa mencari rezeki demi untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anaknya. Hanya kerana seorang lelaki atau perempuan semua itu enteng baginya,tidak penting dalam pemikirannya. Semasa bercinta, memanglah tiada yang lain dalam fikirannya, “Lautan api pun sanggup ku renangi”. Sebenarnya, mereka lupa restu dari ibubapa sahaja yang boleh membawa bahagia. 

Cinta itu memang indah, namun ada kalanya boleh membawa duka. Orang tua-tua pernah berpesan;”Berkawan biar seribu, berkasih bercinta biar satu.” Tetapi adakah cinta itu boleh membawa bahagia? Ada yang berkata ya , ada yang berkata tidak. Sekiranya cinta itu berlandaskan asas yang betul, Insya’Allah itulah cinta yang sejati.Tepuk dada, tanyalah hati. Jawapannya ada pada diri kita sendiri.



Akhir kata, bagi saya jangan salahkan lagu. Memang serba sedikit ia mempengaruhi tp ia bergantung kepada diri individu tersebut sama ada ingin menganggap ia sebagai hiburan atau sebaliknya. Pokok pangkalnya hati kita sendiri.



Dulu kosong sekarang terisi

Salam, semua..

Hari ni lmbt ckit dpt idea utk tulis dalam my blog.. Time drive ptg td waktu g htr kete naza suria angah ke naza service centre di setapak terus dpt idea bile terdengar lagu Kosong nyanyian Najwa Latif.. Kalo x silap saya lagu ni lagu baru dia.. Not bad..

Bile dengar bait-bait lirik lagu ni, tibe2 terasa mcm sesuatu.. Hmm.. lagu ni mcm ade kene mengena dgn   saya la.. Time zaman cintan cintun with 1st love dulu.. Bercinta 4 thn, "gantung tak bertali" hmpir 2 thn, lps 2 putus hanya melalui sms n call.. Mula2 tu mmg mcm org sasau ckit la.. bak kata org tua2.. makan x lalu, mandi x basah.. badan susut jugak la time 2..hehe... Tp lps 2 saya bangkit balik.. Saya sambung Master, tumpu pada keje yg mmg terlalu byk.. smpai dh x teringat kisah lama.. Akhirnya saya dpt lupakan.. Tp tipu la kalo saya ckp dh lupa semua.. Kdg kala teringat jugak..

Bile difikir balik, bagus jugak putus cinta.. Kite boleh menilai diri kite balik.. Ape kekurangan kite, apa silap kite n dapat mematangkan diri kite untuk mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini.. N skrg jiwa sya pn dh terisi.. Dgn sape.. biarlah rahsia.. ;)

Jom kite layan video lagu Kosong ni.. Siap dgn lirik lagi..




Wednesday 28 March 2012

Rahsia Tahi Lalat

Salam, semua.. Apa khabar hari ni?

Pagi ni bangun2 tido terus terfikir ape yang nak dicatat dalam my blog hari ni.. Hmm.. tiba2 dapat idea utk tulis mengenai rahsia tahi lalat bila terpandang buku "Rahsia Tahi Lalat" di rak buku.. ye la setiap orang mesti ada tahi lalat kan sama ada byk atau sedikit.. Mcm saya byk.. hehe.. Kat pipi ade, kat hidung ade, kat kaki ade..

Jom kite tgk ape maksud tahi lalat di tubuh kite yang saya ambil dari sumber buku "Rahsia Tahi Lalat" susunan Pak Nujum terbitan Usnie Publisher.

Kening Kanan
  • Kecil         : Sedia melakukan apa sahaja dan sedia menghadapi risiko, keras hati, berani dalam       semua hal
  • Sederhana : Kata dikota tidak banyak bercakap, tabah di dalam segala hal dan mempunyai keberanian luar biasa
  • Besar       : Tangkas, berani dan luar biasa di dalam segala hal

Kening Kiri
  • Kecil        : Bersifat berani, bersopan santun dan tidak takut bahaya.
  • Sederhana: Sifatnya sukar diketahui kerana tabiat yang pendiam dan berani.
  • Besar       : Jangan disangka air tenang tiada buaya, pijak semua tidak mati. Orang ini tangkas di dalam ilmu membela diri
Kening Tengah Kanan dan Kiri
  • Kecil          : Keras hati, berani di dalam segala hal dan pandai menyembunyikan rahsia.
  • Sederhana : Tegas, berani, suka menolong, pantang dicabar dan sedia menghadapi cabaran.
  • Besar        : Keberaniaanya tersembunyi, tidak makan nasihat dan baginya dia sahaja yang betul
Dahi Kanan

  • Kecil          : Suka mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah berumahtangga.
  • Sederhana : Selalu kesepian ditinggalkan suami berminggu-minggu lamanya.
  • Besar        : Di awal perkahwinan keluarga ini selalu sahaja bertegang urat dan bahagia selepas mendapat cahaya mata.
Dahi Kiri

  • Kecil          : Sikapnya yang selalu berhati-hati menjadikan dirinya pendiam.
  • Sederhana : Lebih suka mendengar dari bercerita dan cakapnya suka menyindir.
  • Besar        : Lelaki / wanita dari tanda-tanda ini menunjukkan bahawa sikap orang tersebut kuat merajuk dan sukar dipujuk.


Alis Kanan (di antara hidung pipi)

  • Kecil         : Jujur, baik hati, suka memberi pertolongan
  • Sederhana : Tidak gemar ditipu, ikhlas di dalam segala hal
  • Besar        : Baik hati, ikhlas dan tidak gemar berhutang


Alis Kiri (di antara hidung dan pipi)

  • Kecil          : Mudah diajak berunding, susah mengidap sakit demam.
  • Sederhana  : Gemar sesuatu yang mudah, tidak banyak coleteh dan berhati lurus.
  • Besar         : Sikap sederhana, mudah diajak berunding dan tidak berdendam.
Pipi Kanan

  • Kecil           : Suka menolong, lembut hati dan mulia tingkah laku.
  • Sederhana  : Suka membalas busi, berpekerti mulia, jujur dan mudah mesra.

Pipi Kiri

  • Kecil          : Bersifat pendendam, cemburu dan sentiasa was-was dengan kawan-kawan.
  • Sederhana  : Baik terlalu baik dan sebaliknya.
  • Besar         :  Suka buat kecoh dengan keluarga, sahabat dan di tempat kerja.
Batang Hidung

  • Kecil          : Berjaya di dalam hidupnya.
  • Sederhana : Tidak suka meminta pertolongan.
  • Besar        : Tidak sesiapa yang tahu pekong di dadanya.

Hidung

  • Kecil          : Kuat berusaha dan disukai oleh kawan-kawannya.
  • Sederhana  : Pemurah, rajin dan pintar mencari rezeki.
  • Besar         : Kejayaannya menakjubkan sesiapa sahaja.

Hidung Kanan

  • Kecil         : Pemalu dan tidak suka meminta pertolongan orang lain.
  • Sederhana : Pemalu, jujur dan suka bersendirian.
  • Besar        : Pintar dan pantas membuat kerja.

Hidung Kiri

  • Kecil         : Suka pada pertolongan orang lain.
  • Sederhana : Memperolehi pertolongan orang lain dengan cara menipu
  • Besar        : Memberi pertolongan dengan harapan mendapat balasan berlipat ganda.
Atas Bibir Kanan

  • Kecil         : Pandai mencari kenalan, murah rezeki, suka mengumpul harta dari keringat orang lain.
  • Sederhana : Mulut manis, kaki ampu dan suka bermuka-muka.
  • Besar        : Percakapannya lemah-lembut, bijak menggoda, tetapi semuanya dusta dan ada tujuan tertentu.
Atas Bibir Kiri

  • Kecil          : Mulut manis mencari kepentingan diri sendiri.
  • Sederhana : Pandai mengampu majikan, mudah naik pangkat dan cepat pula tersungkur.
  • Besar        : Lain di mulut, lain di hati ada udang disebalik batu.
Bawah Bibir Kanan

  • Kecil         : Dihormati orang, gemar bercinta dan dicurigai isteri.
  • Sederhana: Kuat menggoda, menepati janji dan periang.
  • Besar        : Pandai membawa diri, murah rezeki, penyayang dan selalu digoda.
Bawah Bibir Kiri

  • Kecil         : Suka membuat janji palsu.
  • Sederhana : Mulut manis, pendendam dan pintar putar belit.
  • Besar        : Dendam selama-lamanya.
Hujung Bibir Kanan

  • Kecil         : Banyak cakap tidak mudah mengalah.
  • Sederhana : Kuat berleter, busuk hati dan suka mencari kesalahan orang lain.
  • Besar        : Banyak bercakap dan janji-janjinya tidak boleh dipercayai
Hujung Bibir Kiri

  • Kecil          : Gemar menyinggung perasaan orang lain.
  • Sederhana : Gemar memberi nasihat tetapi dirinya sendiri tidak jujur.
  • Besar        : Kuat menabur fitnah, bergurau dan akhirnya menjadi pertengkaran.
Bawah Bibir Tengah

  • Kecil           : Rezekinya sekadar cukup makan.
  • Sederhana  : Nada suaranya tinggi dan tidak suka mengalah.
  • Besar         : Kuat berceloteh dan gemar menjadi tepi kain orang lain, kain sendiri tidak bersih.
Dagu Bawah Kanan

  • Kecil           : Jujur, baik hati, tinggi budi bahasa dan kaki menggoda.
  • Sederhana   : Kelembutannya memikat sesiapa sahaja yang memandang, jujur, setia dan menepati janji.
  • Besar          : Jujur, pemalu dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.
Dagu Bawah Kiri

  • Kecil           : Bijaksana dan pandai berjimat cermat.
  • Sederhana  : Tangkas dan cemerlang di dalam kerjaya yang diceburinya.
  • Besar          : Berfikirn tajam, bersopan santun dan tidak pandai menyakitkan hati orang lain.

              Tahi Lalat di Batang Hidung: Berjaya di dalam hidup..
              Insya'Allah..

                       

Tuesday 27 March 2012

Cute je..

Salam semua..
Just nk berkongsi peristiwa cute di tesco kajang time saya g shopping dgn abah tengah hari tadi.
Time 2 saya tengah menunggu order chocolate ice blended (for me) & bandung ice blended (for my mom & my dad) kat kiosk each a cup. Sedang menunggu order 2, dtg la sepasang husband n wife with cucunye yang cute.. Rase2nye umur cucu dia dalam lingkungan 2 tahun.. baby boy..

Then cucu mereka melompat2 keriangan sambil sebut "oreo.. sedap!!".. Si nenek ingat cucunya nk biskut oreo but atuknya bgtau "x.. dia nk air yg ade oreo ni.." tp neneknya tetap ckp "dia nk biskut oreo bukan nk air ni, awk g la masuk tesco balik beli biskut oreo.." atuknya ckp balik.. "x yah, dia nk air ni la.." akhirnya si nenek yg masuk tesco utk belikan biskut oreo..

Sementara menunggu nenek g beli biskut oreo, si cucu dh x sabar nk biskut oreonye.. then atuknya tanya saya "dik, air ni ade biskut oreo kan.." Saya ckp "ha'a, cik.. ade biskut oreo.. diorg blended sekali dgn ice.. So bile kite minum ade rase biskutnye.." sambil mengacah2 cucunye yg cute 2.. then atuknye ckp "2 la neneknya x fhm, ingat cucu dia nk biskut oreo.." atuknye ckp lg "Agaknye mak dia yg ajak minum air ni, atuk n neneknye mane la tau"..hehe.. akhirnye atuknye orderkan utk cucunye oreo choclate ice blanded..
Gitu la baby alaf baru kan.. kite dulu x reti nk mintak ni smua.. just ice cream malaysia je.. 10sen 1.. Gitulah peristiwa cute yg saya nk berkongsi dgn kawan2.. ;)





Monday 26 March 2012

Nekad..

Assalamualaikum n Selamat Pagi.. Semoga pagi ini memberi lebih ketenangan kepada kita semua untuk menjalani segala urusan harian rutin..

Rasa kekok pulak nak menulis blog ni..hehe.. Hmm.. nak cite ape ye.. Okay la.. Setelah berani n nekad membuat keputusan utk keluar dari zon sebelum ini, ari ni saya akan g interview di salah satu agensi perbankan.. Interview ni 2nd interview.. Hopefully permudahkan segalanya.. Amin.. Mungkin ini permulaan langkah untuk kehidupan yang lebih baik..


Mawar

Mawar Pertama

Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua

Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah ornag yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikat-nya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, ia membalas denga buah kurmanya.

Mawar Ketujuh

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi sesungguhnya kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, Insya'Allah.

Mawar Kesembilan

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mawar Kesepuluh

Mandi, berwuduk, memakai wewangian dan bersiwak secara teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

Sumber:- Buku Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, Dr. 'Aidh Bin ' Abdullah Al-Qarni

Wednesday 21 March 2012

Bagaimana Rasulullah Ceria & Ketawa?


  • Daripada Umur bin Al-Khattab katanya: "Rasulullah S.A.W. tersenyum, dan beliau adalah orang yang paling bagus giginya." (Riwayat Ibnu Hibban)
  • Daripada Sayiditina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah S.A.W. berlebihan ketawa hingga kulihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad).
  • Abu Dzarr berkata: "Pernah kulihat Rasulullah S.A.W. tersenyum hingga terlihat gusi beliau."
  • Rasulullah S.A.W. juga insan biasa yang dianugerahkan fitrah semulajadi manusia iaitu senyum dan menangis.
  • Bagaimanapun, Rasulullah tidak akan ketawa berdekah-dekah kerana itu tidak melambangka sahsiah individu Muslim apatah lagi baginda seorang Rasul, utusan Allah.
- Petikan: Buku Petua Untuk Sentiasa Ceria
Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar Rahmat-Nya meranti kehidupan.
"Mati ilmu kalau tidak beramal dan mati amalan kalau tidak ikhlas. Ilmu tanpa amal sia-sia dan amal tanpa ilmu pula adalah gila." - Imam Al-Ghazali