Wednesday 21 March 2012

Bagaimana Rasulullah Ceria & Ketawa?


  • Daripada Umur bin Al-Khattab katanya: "Rasulullah S.A.W. tersenyum, dan beliau adalah orang yang paling bagus giginya." (Riwayat Ibnu Hibban)
  • Daripada Sayiditina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah S.A.W. berlebihan ketawa hingga kulihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad).
  • Abu Dzarr berkata: "Pernah kulihat Rasulullah S.A.W. tersenyum hingga terlihat gusi beliau."
  • Rasulullah S.A.W. juga insan biasa yang dianugerahkan fitrah semulajadi manusia iaitu senyum dan menangis.
  • Bagaimanapun, Rasulullah tidak akan ketawa berdekah-dekah kerana itu tidak melambangka sahsiah individu Muslim apatah lagi baginda seorang Rasul, utusan Allah.
- Petikan: Buku Petua Untuk Sentiasa Ceria

No comments:

Post a Comment