Thursday 29 March 2012

Cinta.. Bawaku Pergi

Assalamualaikum & Salam Jumaat, semua.. 


Pagi ni saya nak berkongsi mengenai cinta. Sebenarnya catatan ni dh lame saya tulis di note facebook saya.. So just copy n paste..hehe.. but saya nak kaitan dgn lagu "Bawaku Pergi" nyanyi Zizan ft Kaka.


Emak pernah berpesan ; “Kalau bercinta, jangan cintakan pasangan kita 100% tetapi kita perlu letakkan perasaan benci terhadapnya sekurang-kurangnya 1% agar bila jodoh kita bukan dengannya kita tidak terlalu kecewa dan memendam rasa.” 

Seorang kekasih pula memberitahu pasangannya; “Sayanglah pada orang yang betul-betul sayang pada kita tetapi kalau boleh janganlah terlalu sayang pada orang yang kita sayang.” 

Perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip serta nilai terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. 

Cinta yang hakiki hanyalah kepada Allah s.w.t. dan Rasul. Cinta kepada Allah ialah cinta hamba kepada Pencipta-Nya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.Cinta manusia kepada-Nya boleh membawa ke syurga. Cinta-Nya boleh membuat kita tenang, aman dan tenteram. Cinta-Nya terhadap makhluk-Nya selalu membawa kita ke jalan yang bahagia. Namun, hamba-Nya selalu lupa, selalu alpa. Alpa dengan cintanya terhadap sesama manusia di dunia sehingga lupa terhadap cintanya kepada Tuhannya yang Esa. 

Didalam Al-Quran dan Hadis juga sudah tertulis; “Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.” Namun, anak-anak selalu terlupa bila sudah taksub bercinta. Pantang diberi nasihat, semuanya salah belaka baginya. Malah ada yang sanggup lari dari rumah. Kerna baginya cintanya terhadap kekasih adalah segala-galanya. Sehingga lupa pengorbanan yang telah diberikan oleh kedua ibubapanya sejak dari bayi lagi. Pengorbanan serta kepayahan ibu semasa mengandungkannya selama 9 bulan dengan mudah dilupakan begitu sahaja. Bagaimana peritnya si bapa mencari rezeki demi untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anaknya. Hanya kerana seorang lelaki atau perempuan semua itu enteng baginya,tidak penting dalam pemikirannya. Semasa bercinta, memanglah tiada yang lain dalam fikirannya, “Lautan api pun sanggup ku renangi”. Sebenarnya, mereka lupa restu dari ibubapa sahaja yang boleh membawa bahagia. 

Cinta itu memang indah, namun ada kalanya boleh membawa duka. Orang tua-tua pernah berpesan;”Berkawan biar seribu, berkasih bercinta biar satu.” Tetapi adakah cinta itu boleh membawa bahagia? Ada yang berkata ya , ada yang berkata tidak. Sekiranya cinta itu berlandaskan asas yang betul, Insya’Allah itulah cinta yang sejati.Tepuk dada, tanyalah hati. Jawapannya ada pada diri kita sendiri.



Akhir kata, bagi saya jangan salahkan lagu. Memang serba sedikit ia mempengaruhi tp ia bergantung kepada diri individu tersebut sama ada ingin menganggap ia sebagai hiburan atau sebaliknya. Pokok pangkalnya hati kita sendiri.



No comments:

Post a Comment