Monday 16 April 2012

Bila gastrik melanda diriku..

Salam, sahabat2 blogger..

Dah lame saya x update blog ni kan.. Saya sebenarnya baru saja sihat sikit dari demam + gastrik.. ni pun sebenarnya masih ada rasa sakit lagi n makan x berapa nak lalu.. Saya start rasa sakit since hari jumaat tp masih boleh bertahan.. Hari sabtu dah mula rasa lain mcm tp masih gagahkan diri g tesco sorang2 sbb nak beli makanan kucing kesayangan yg dh kehabisan.. Masih gagahkan diri jugak utk drive dr cheras ke kebun di kg poum, kenaboi, jelebu, negeri sembilan sbb kesian kat abah penat sbb sebelum 2 dia pergi settle kereta adik saya yg masuk bengkel.. Tp bile sampai je kg, terus rs nk pitam n mual, muka pun dh pucat lesi.. Terus xdapat drive utk balik kl..

Mak suruh makan tp dh x blh.. Bila makan, muntah balik.. 1 mlm jugak la smpai dh xde ape nk dikeluarkan sbb dh xmkn ape2.. Pagi ahad cuba utk makan tp perut tetap masih x blh terima.. Bila dh x thn, mlm smlm br saya g klinik.. Dr bg ubat angin n demam so skrg dh blh mkn ckit n x muntah lg.. And Dr bgtau badan saya kurang air.. hmm.. kalo g hospital, mesti dh kena masuk air saya ni.. So mlm ni saya google la kejap utk cr punca-punca gastrik utk perkongsian bersama-sama agar x kena gastrik mcm saya..huhu.. :(

GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Gastrik Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen / hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


gastritis


LANGKAH MELEGAKAN GASTRIK

  • Makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong. 
  • Minum susu. 
  • Rehat yang lebih. 
  • Jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser . 
  • Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut. 
  • Ambil vitamin C 100gm untuk nemgurangkan kandungan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser perut. 
  • Tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan. 
  • Pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.
Sumber: Laman web Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment